KSSR

TEKNOLOGI  MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)
http://www.mediafire.com/view/?d8x691h82mi6fjj


Pengenalan 
Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal
berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

 Matlamat Pendidikan Prasekolah:
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke
sekolah rendah.

 Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah:
Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara
menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan
ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis
dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu
bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa
untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani
cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.


Organisasi Kurikulum Berasakan Tunjang 
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui
disiplin ilmu tertentu iaitu:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Sains dan Teknologi
5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Keterampilan Diri


Sains 
Standard Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk
menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta
mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan
penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap
saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan
untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan
harian.

Reka Bentuk dan Teknologi 
Standard Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
bertujuan supaya murid memperoleh pengetahuan dan
menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta
berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas TMK
serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan
kreatif mengikut tahap kebolehan murid.

DOKUMEN STANDARD 
Dalam Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi, terdapat 2
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) berasingan iaitu Dokumen
Standard Kurikulum Sains yang mengandungi RBT dan
Dokumen Standard Kurikulum TMK. Kedua-dua Dokumen
Standard Kurikulum ini digabungkan dalam satu dokumen yang
dinamakan Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains dan
Teknologi.
Tujuan DSK disediakan adalah sebagai garis panduan untuk
guru di dalam p&p bagi mencapai matlamat DST.
Dokumen SK Sains mengandungi tema berikut:
- Pengenalan kepada Sains
- Sains Hayat
- Sains Fizikal
- Sains Bahan
- Bumi dan Sains Angkasa
- Teknologi dan Kehidupan Lestari -
  Standard Kurikulum RBT berada di dalam
  tema ini.



DSK TMK disediakan bagi mencapai standard berikut: 
- menggunakan TMK secara
   bertanggungjawab dan beretika
- memilih dan mengaplikasikan sumber TMK
  yang bersesuaian
- menggunakan TMK untuk mencari,
  mengumpul, memproses dan
  menggunakan maklumat



KEMAHIRAN SAINTIFIK
Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.
Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran
saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan
sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.
Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkan
tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara
bersistem.

Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains adalah
seperti berikut:

Memerhatikan
 Menggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
untuk mengumpulkan maklumat tentang
objek dan fenomena.
Mengelaskan
 Menggunakan pemerhatian untuk
mengasing dan mengumpulkan objek atau
fenomena berdasarkan ciri yang sama.

Mengukur dan menggunakannombor
Membuat pemerhatian secara kuantitatif
dengan menggunakan nombor atau alat
berunit piawai atau alat yang
diseragamkan sebagai unit rujukan.

Membuat inferens
Membuat kesimpulan awal yang
munasabah, yang mungkin
benar atau tidak benar untuk
menerangkan sesuatu peristiwa
atau pemerhatian.

Meramalkan 
Membuat jangkaan tentang
sesuatu peristiwa berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman
yang lalu atau berdasarkan
data.

Berkomunikasi
 Menerima, memilih, menyusun
dan mempersembahkan
maklumat atau idea dalam
bentuk tulisan, lisan, jadual,
graf, rajah atau model.

Menggunakan perhubungan ruang dan masa 
Memerihalkan perubahan
parameter seperti lokasi, arah,
bentuk, saiz, isipadu, berat dan
jisim dengan masa.

Mentafsirkan data
 Memberi penerangan yang
rasional tentang objek, peristiwa
atau pola daripada data yang
dikumpulkan.

Mendefinisikan secara operasi 
Memberi tafsiran tentang
sesuatu konsep dengan
menyatakan perkara yang
dilakukan dan diperhatikan.



Mengawal pemboleh ubah 
Mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah
bergerak balas dan pemboleh ubah yang
dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan
satu pemboleh ubah dimanipulasikan
untuk memerhatikan hubungannya
dengan pemboleh ubah bergerak balas.
Pada masa yang sama pemboleh ubah
yang lain dimalarkan.

Membuat hipotesis
Membuat suatu pernyataan umum
tentang hubungan antara pemboleh ubah
yang difikirkan benar bagi menerangkan
sesuatu perkara atau peristiwa.
Pernyataan ini boleh diuji untuk
menentukan kesahihannya.

Mengeksperimen 
Merancang dan menjalankan penyiasatan
untuk menguji sesuatu hipotesis,
mengumpulkan data, mentafsirkan data
sehingga mendapat rumusan daripada
penyiasatan itu.



SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI
Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan
nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk
dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik dan
nilai murni seperti yang berikut:
- Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
- Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
- Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu
  perkara.
- Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta
 terhadap alam sekitar.
- Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara
 untuk memahami alam.
- Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan
 sihat.
- Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
- Berhemah tinggi dan hormat menghormati.
- Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
- Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
-Berfikiran kritikal dan analitis.
- Luwes dan berfikiran terbuka.
- Baik hati dan penyayang.
- Bersifat objektif.
- Sistematik.
- Bekerjasama.
- Adil dan saksama.
- Berani mencuba.
- Berfikir secara rasional.
- Yakin dan berdikari.
Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku 
mengikut peringkat berikut: 
- Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap
 saintifik dan nilai murni.
- Memberi perhatian serta respons.
- Menghayati dan mengamalkan.
- Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam
  kehidupan.




No comments:

Post a Comment